Pages

Labels

Tuesday, December 11, 2012

edaran terakhir kad jemputan kahwin

Tinggal 1 week and 4 days lagi, before majlis resepsi aku..500 kad jemputan kahwin telah pun diedarkan.. masih ada balance lebih kurang 100 lagi. Untuk yang jauh2, aku dah post, baik tetamu mak, mahupun member2 aku sendiri, semua dh di pos..

Rasanya, tetamu mak, semua dh setel. Tinggal tetamu aku je lagi yang masih tak setel. Di jabatan geo, hanya supervisor dan member lab aja yang dah aku bagi, yang lain belum lagi. maybe selepas viva master aku ni, aku akan edarkan. Malas nak bagi awal2, nanti takut mempengaruhi mood aku nak viva pulak. Sakit hati jugak bila fikir pasal viva ni. Tak aman dan tak tenteram aku dibuatnya..

Biarkan cerita pasal stress di jabatan tu.. now, fokus kpd kad jemputan yang ada.. inilah kisah aku dan kad jemputan kahwinku...



Ada 2 versi. Hitam gold dan putih silver. Tamak menguasai diriku time ni. Sampai pilih dua2 design sekali.



Pakai sarung tangan ni, untuk elak kad kahwin jadi comot bila bersentuhan dengan tanganku yang ada enzim dan peluh ni. Dan juga bagi mengelakkan silverdust dari kad kahwin tu, berpindah ke tangan aku.

Ready to go..

Thursday, November 1, 2012

Asking for Someone's Heart

‎"To have someone's heart, you don't need to ask the owner. Ask the Creator who created that heart."


Sumber : Dalam Mahabbah Rindu

Aku yang sedang dalam pembikinan... Men 'renovation' diri dan hati untuk menjadi seorang wanita yang lebih baik dan murni..

Wednesday, August 8, 2012

Perjalanan Pertama

Setengah orang kata, kejayaan itu bukan lah satu destinasi, ia adalah satu perjalanan. Tapi persoalannya, setiap perjalanan yang dilalui tu mesti perlu menuju ke suatu-suatu destinasi kan? Jadi, jika aku anggap penglibatan aku bersama mereka pada hari ini adalah suatu perjalanan, ape pulak destinasi yang aku nak tuju? 



Bukan senang nak berada di posisi ini. Aku struggle tau! Aku percaya, memang semua orang, walau di mana-mana pun akan struggle untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik. Tak kira lah apa pun pekerjaan yang di kerjakan, semuanya bukan mudah. Kalau ikutkan tekanan dan kepenatan, mau je rasanya aku give up di tengah-tengah jalan. Lagi-lagi kalau diikutkan rasa hati yang tengah sakit hati ni. Lagi lah rasa tak mampu. Tapi, bila dalam situasi buntu macamtu, aku perlu ingat, ini jalan yang aku pilih. Aku resign jawatan guru sandaran dulu untuk posisi ini. Satu keputusan yang sangat besar aku ambil, jadi tak berbaloi pengorbanan aku tu kalau aku tarik diri sekarang. Aku mesti teruskan sampai habis. Kalau tak, aku bukanlah aku lagi!

Aku memang salute sangat-sangat mereka yang mampu bertahan lama-lama dalam posisi ini. Dan aku sure, tahap kesabaran dorang kompem lah 200% lebih tinggi berbanding aku yang cengeng ni. Sikit-sikit sakit hati. Sikit-sikit serabut. Sikit-sikit mengeluh. Eh, bab mengeluh tu bukan sikit. Tapi banyak! Mujur, kawan-kawan dan orang-orang yang berada di samping aku sentiasa bagi tunjuk ajar dan nasihat. Walaupun sama-sama hampir karam, tapi, masing-masing tetap bagi sokongan antara satu sama lain, supaya masing-masing terus bertahan.

Tuhan tu Maha mengasihani. Moga dipermudahkan jalan bagi aku untuk tempuh semua ni. Takdiran dari tuhan tu lebih bagus dan adalah yang terbaik. Tuhan meletak aku di posisi ini supaya aku belajar jadi seorang yang tabah dan sabar.Jadi, kenapa aku perlu keluh-kesah. Sepatutnya aku perlu lebih bersyukur! 

Ini perjalanan pertama aku untuk mendapatkan tempat yang lebih selesa dan bermakna pada masa depan. Mungkin jika umur aku panjang, ada banyak jalan lagi yang perlu aku lalui. 
'Melaksanakan ibadah seperti akan mati pada esok hari, bekerja dan berusaha seolah-olah akan hidup seribu tahun lagi...'

Sunday, July 22, 2012

Rindu Bertamu


Kau tiba lagi
bersama rasa rindu datang bertamu..
Diruang hati kecil yg berbicara
Ingatilah diriku ini bersama
Kenangan itu

Walaupun ku lihat bintang-bintang di balik awan
Gugurnya kebumi menjadi impian
Takkan ku lepas apa yg ku harapkan
Kerna ku untuk mu




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...